Saturday, January 31, 2009

BENGKEL DIKIR DABA'IE

Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah menganjurkan bengkel Dikir Daba'ie bagi Guru-Guru Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah daerah Tutong pada setiap hari Sabtu bermula pada 24hb. Januari hingga 14hb. Mac 2009. Seramai lebih 50 orang guru telah mendaftar untuk mengikuti bengkel ini.


Pemangku Ketua Bahagian Keagamaan Jabatan Pendidikan Kokurikulum memberikan sedikit taklimat mengenai bengkel yang diadakan.


Ustaz Syed Ahmad Abdon pengendali bengkel memberikan sedikit penerangan.


Diantara Pegawai-Pegawai Kokurikulum yang hadir semasa bengkel diadakan.


Sebahagian daripada peserta bengkel yang hadir.


Peserta bengkel memulakan Dikir Daba'ie

Thursday, January 29, 2009

SKIM SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TUTONG


Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong telah memulakan Skim Latihan Sukan bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong dengan Majlis Pelancaran dengan pendaftaran murid-murid pada pagi hari Jumaat 23hb. Januari 2009 bertempat di Dewan Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan Tutong.


Majlis Pelancaran Skim Latihan Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong telah diresmikan oleh Haji Abdullah bin Haji Idris Ketua Kokurikulum Daerah Tutong.



Sebanyak 5 jenis sukan telah dibukakan kepada semua murid-murid ia itu bolasepak, futsal,badminton, sepak takraw dan bola jaring.



Lebih daripada 300 orang murid-murid telah hadir bersama dengan ibubapa mereka untuk mendaftar bagi mengikuti Skim Latihan Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong.



Sebahagian murid-murid yang mendaftar bagi skim sukan badminton mendengarkan taklimat dari jurulatih.



Sebahagian murid-murid yang mendaftar bagi skim sukan bolasepak mendengarkan taklimat dari jurulatih.

Tuesday, January 20, 2009

PERSIAPAN AWAL BAGI WALKATHON SEMPENA HARI GURU TAHUN 2009

Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong telah dimaklumkan oleh Pengarah Kokurikulum bahawa acara walkathon sempena Hari Guru yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti akan diadakan di daerah Tutong. Perundingan awal telah dibuat dikalangan Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan daerah Tutong bagi memilih tempat dan tarikh yang bersesuaian bagi mengadakan acara walkathon tersebut.

Tempat yang dipilih ialah PANTAI PERANGINAN SERI KENANGAN TUTONG




Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah membuat penelitian ke Pantai Seri kenangan Tutong hari Selasa 20hb. Januari 2009 dan telah mendapati bahawa pantai tersebut adalah amat sesuai untuk digunakan sebagai tempat mengadakan walkathon.



Selain daripada hasrat untuk memperkenalkan Pantai Seri Kenangan Tutong kepada semua pegawai dan kakitangan kementerian Pendidikan, udara laut yang begitu bersih dan nyaman diwaktu pagi akan memberikan kesegeran dan keseronokan kepada semua peserta yang akan menyertai acara walkathon itu nanti. Di tempat ini banyak kemudahan yang boleh didapati seperti tempat letak kereta yang luas, tempat permainan, kawasan lapang untuk mengadakan senaman atau aerobik, tandas awam dan pondok untuk berteduh. Tempat ini adalah penamat perlumbaan dan disitu juga beberapa perlawanan sukan ria akan diadakan.


Semua peserta akan memulakan larian ditempat ini ia itu berhampiran dengan kawasan lapang. Peserta lelaki akan bergerak lebih awal dan selepas itu akan di ikut oleh peserta perempuan.

Jalan raya ini adalah bersebelahan dengan pantai. Ini adalah merupakan laluan bagi semua peserta walkathon sebelum berpatah balik dengan membelok mengikut lorong menuju ke pantai.

Peserta perempuan akan membelok menuju pantai mengikut lorong ini ia itu lorong menuju ke pantai dan berpatah balik menuju ke tempat penamat. Jauh laluan atau track bagi peserta perempuan ialah kira-kira 3.2 km. Semua laluan dan lorong akan dikawal oleh pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan akan dibantu oleh beberapa orang anggota Pasukan Pengakap.

Perserta lelaki juga akan mengunakan laluan atau track yang sama tetapi akan bergerak lebih jauh kehadapan sebelum belok memasuki lorong menuju kepantai untuk berpatah balik ketempat penamat.

Peserta lelaki akan membelok menuju ke pantai mengikut lorong ini. Dengan mengunakan dua jenis laluan atau track yang berlainan, peserta akan dapat merasakan bagaimana berbedzaan berlari diatas jalan raya dan berlari di persisiran pantai. Jauh laluan atau track bagi peserta lelaki adalah kira-kira 4.7 km.

Gambar ini diambil semasa air pasang tinggi semasa musim hujan. Keadaan pantai akan berubah menjadi lebih luas dan cantik memutih apabila air surut atau semasa bukan musim hujan. Kawasan pantai ini akan digunakan oleh semua peserta walkathon sebagai laluan untuk kembali tempat pelepas.

Berlari dipersisiran pantai adalah satu pembaharuan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi acara walkaton pada tahun ini. Dengan udara yang segar dan pemandangan laut yang begitu cantik akan lebih menarek minat ramai warga Kementerian Pendidikan beserta dengan keluarga mereka untuk menghadiri walkathon itu nanti sama ada untuk menyertai atau untuk memeriahkan acara walkathon.

LANTIKAN TUAN RUMAH ACARA KEJOHANAN SUKAN BAGI SEKOLAH- SEKOLAH RENDAH DAERAH TUTONG TAHUN 2009

Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong menemui Guru Besar Sekolah Rendah Batang Mitus yang dilantik menjadi Tuan Rumah bagi Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong I.

Cikgu Haji Keria, Cikgu Zaini dan Cikgu Hajah Maimunah Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong menandatangani buku lawatan Sekolah Rendah Batang Mitus.

Cikgu Takong pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong yang juga selaku Pegawai Penyelaras Kejohanan Bolasepak memberikan penerangan kepada Guru Besar Sekolah Rendah Bukit Beruang yang telah dilantik sebagai Tuan Rumah Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Tutong II.


Guru Besar Sekolah Rendah Bukit Beruang Tutong II bersama dengan Cikgu Hajah Maimunah Pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong.


Sekolah Rendah Lamunin Tutong telah dilantik sebagi Tuan Rumah bagi mengendalikan kejohanan Bola Jaring bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Tutong I.


Cikgu Hajah maimunah Pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong menerangkan peraturan Kejohanan Bola Jaring kepada wakil Guru Besar Sekolah Rendah Lamunin.



Sekolah Menengah Sayyidina Osman telah dilantik bagi mengendalikan Kejohanan Futsall bagi maktab-maktab dan Sekolah-Sekolah Menengah Kawasan Zon III


Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong berjumpa dengan Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Osman bagi menerangkan tentang Kejohanan Futsall bagi Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah Menengah Kawasan Zon III


Perjumpaan Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong dengan Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Husain Jerudong yang telah dilantik sebagai Tuan Rumah bagi Kejohanan Bola Jaring Maktab-Maktab dan Sekolah Menengah kawasan Zon III

Diantara Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kokurikulum daerah Tutong semasa perjumpaan dengan Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Husain Jerudong.



Perjumpaan Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong dengan Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Masin yang telah dilantik sebagai Tuan Rumah bagi Kejohanan Bolasepak Maktab-Maktab dan Sekolah-Sekolah Menengah kawasan Zon III


Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong menyerah surat lantikan Tuan Rumah kepada Timbalan Pengetua Sekolah Menengah Masin.

Monday, January 19, 2009

Satu pameran Lukisan Kreatif dan Kraftangan bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Bahagian Pendidikan Swasta bertempat di Hua Ho Mall Petani Tutong. Pameran ini adalah atas kerjasama diantara Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong dengan Sekolah Rendah Binturan kawasan Tutong I. Semua lukisan dan kraftangan yang dipamerkan adalah merupakan pemenang-pemenang dari Peraduan Seni Lukis Kreatif dan Kraftangan Peringkat Negara yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada akhir tahun 2008. Sekolah Rendah Binturan Tutong adalah merupakan Johan bahagian Sekolah-Sekolah Rendah.Pameran ini telah mendapat sambutan yang mengalakan dari murid-murid, penuntut-penuntut serta orang ramai.