Saturday, February 28, 2009

MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK HARI KEBANGSAAN DI EMPIRE HOTEL AND COUNTRY CLUB

Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong telah mengadakan Sambutan Malam Budaya sempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada hari Sabtu dan Ahad 21hb. dan 22hb. Februari 2007. Beberapa Buah persembahan tarian Brunei Asli dan musik traditional gulintangan telah dipersembahkan oleh beberapa buah sekolah menengah dan rendah.
















Tuesday, February 3, 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TUTONG II TAHUN 2009

Sekolah Rendah PKN Bukit Beruang Tutong II telah dilantik untuk menjadi Tuan Rumah bagi mengendalikan Kejohanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Tutong II tahun 2009. Satu perjumpaan bagi Guru-Guru Pengawas telah diadakan pada hari Selasa 3hb. Februari 2009 bertempat di Bilik Taklimat Sekolah rendah PKN Bukit Beruang pada jam 9.00 pagi.Perjumpaan tersebut adalah bagi menerangkan syarat-syarat kejohanan dan seterusnya bagi mengadakan undian perlawanan.






BENGKEL HADRAH BAGI GURU-GURU SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH, MENENGAH, MAKTAB DAN PENDIDIKAN SWASTA DAERAH TUTONG

Satu Bengkel Hadrah bagi guru-guru Sekolah-Sekolah Rendah, Menengah, Maktab dan Pendidikan Swasta telah diadakan pada setiap Isnin dan Khamis bermula pada 2hb. Februari hingga 16hb. Mac 2009 bertempat di Dewan Sekolah Rendah Sengkarai Tutong. Seramai 76 orang guru0guru telah mendaftar untuk mengikuti bengkel tersebut.