Thursday, December 4, 2008

PASUKAN TUNAS PUTERI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TUTONG MELAWAT GUA NIAH

CATATAN RENGKAS EXPEDISI

Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong telah membuat satu expedisi ke Gua Niah Miri Sarawak Malaysia bagi seramai 25 orang Pasukan Tunas Puteri yang terdiri daripada murid-murid Sekolah Rendah daerah Tutong. Expedisi tersebut telah diadakan pada hari Rabu 3hb. Disember 2008 sebagai aktibiti semasa cuti penggal akhir persekolahan. Rombongan ini telah disertai oleh tiga orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong dan lima orang Guru Tunas Puteri Sekolah Rendah daerah Tutong.

Semua peserta rombongan berkumpul dekat dengan padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong bermula jam 6.00 pagi dan berangkat terus ke Miri pada jam 6.30 pagi. Sebuah bas sewa khas telah disediakan oleh Unit Kenderaan Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan Kementerian Pendidikan.

Rombongan selamat tiba di Niah National Park kira-kira jam 10.30 pagi. Setelah membuat pendaftaran dan membayar yuran masuk dan tour guide rombongan terlebih dahulu diberikan penerangan oleh pemandu lawatan (tour guide) ia itu orang tempatan Niah.

Expedisi lawatan bermula dengan menyeberang Sungai Niah dengan sebuah perahu tambang . Terdapat bangunan muzium diseberang sungai. Muzium ini mempamerkan gambar-gambar dan cerita mengenai Gua Niah. Setelah mengambil masa kira-kira 25 minit melawat muzium berkenaan, rombongan memulakan perjalanan ke Gua Niah yang jauhnya kira-kira 3.2 km.

Perjalanan menuju ke Gua Niah adalah melalui hutan tropika yang yang dipenuhi oleh pokok-pokok besar dan tumbuh-tumbuhan liar. Walaupun cuaca agak panas pada hari itu tetapi keadaan sepanjang perjalanan adalah redup kerana ditutupi oleh pokok yang besar dan tinggi. Sepanjang perjalanan pemandu lawatan telah menerangkan beberapa jenis pokok hutan tropika yang terdapat disitu. Disamping itu juga beliau menerangkan jenis-jenis tumbuhan liar yang boleh dijadikan ubat.

Semua pasukan Tunas Puteri yang ikut serta kelihatan begitu riang dan sentiasa mengambil perhatian kepada semua penerangan yang diberikan oleh pemandu lawatan. Mungkin ini adalah pengelaman baru mereka berada dalam hutan tropika. Mereka tercengang melihat pokok-pokok yang besar dan tinggi. Disepanjang perjalanan juga terdapat ketulan -ketulan besar batu kapor yang bermacam bentuk disebabkan oleh hakisan air dan dimakan usia. Terdapat juga gerai penduduk tempatan dipertengahan jalan yang menjual bermacam-macam hasil kerjatangan mereka.

Rombongan sampai ke ruang depan Gua Niah dengan mengambil masa kira-kira 45 minit. Ruang depan Guah Niah sungguh besar dan boleh memuatkan sebuah sekolah rendah serta dengan padang bola. Mengikut penerangan pemandu lawatan bahawa pada zaman dulu tempat tersebut adalah tempat tinggal orang-orang primitif atau Zaman Batu. Masih boleh didapati bekas-bekas lukisan orang primitif didinding-dinding gua.

Terdapat banyak batang buluh yang disambung seperti tangga hingga mencecah keatas gua. Pemandu jalan menerangkan bahawa buluh-buluh tersebut adalah digunakan untuk orang-orang memanjat mengambil sarang burung layang-layang yang terdapat diatas dinding gua. Sarang burung layang-layang tersebut adalah amat berharga dan menjadi kegemaran sebagai makanan sup orang-orang bangsa Cina. Selain daripada sarang burung layang-layang, tahi burung yang terdapat didalam gua juga diambil dan dijual sebagai baja.

Rombongan telah dibawa masuk lebih jauh kedalam gua ia itu dengan melalui jalan khusus yang diberi tangga. Semua rombongan mengunakan lampu picit sepanjang perjalanan. Keadaan didalam sejuk dan sungguh gelap. Perjalanan mengambil masa selama kira-kira 40 minit. Banyak perkara-perkara yang menarek telah diterangkan oleh pemandu lawatan sepanjang perjalanan. Satu perkara yang sungguh menarek ia lah ketika semua rombongan disuruh mematikan lampu picit masing-masing. Wah, sungguh gelap dan menyeramkan.

Setelah puas mengambil gambar didalam gua maka rombongan berangkat kembali ke Niah National Park dan sampai kira-kira jam 3.00 petang. Kami semua makan tengah hari di perkarangan Niah National Park dan seterusnya berangkat pulang jam 4.15 petang.

Kesimpulannya : Satu expedasi yang sungguh menyeronokan.


Rombongan mengunakan sebuah bas sewa khas


Rombongan bertolak pada jam 6.30 pagi


Gembira semasa hendak berangkat


Berada di immigresen Malaysia untuk cop paspot


Sampai di Niah National Park


Tour guide sedang memberikan penerangan


Sedang asyik mendengar penerangan dari tour guide

Memulakan perjalanan dengan menyeberangi sungai


Berbaris untuk masuk perahu


Berada dalam perahu untuk menyeberang Sungai Niah


Berada dalam perahu

Inilah perahu yang digunakan untuk menyeberang Sungai Niah


Memulakan perjalanan ke Gua Niah


Perjalan menuju ke Gua Niah sejauh lebih 3 km

Riang dalam perjalanan


Satu pengelaman yang menyeronokan


Masih dalam separuh perjalanan


Ada gerai jualan kerjatangan tempatan di pertengahan jalan


Akhirnya sampai di pintu Gua Niah


Berada dalam Gua Niah


Sedang memerhatikan keliling Gua Niah


Berkumpul untuk mengambil gambar disekeliling Gua Niah


Bersedia untuk masuk lebih jauh kedalam Gua Niah


Jauh kedalam Gua Niah


Tempatnya sungguh gelap


Berjalan melalui tangga yang disediakan didalam gua

Perjalanan mengambil masa selama kira-kira 40 minit


Semua murid membawa lampu picit


Gembira dalam gua yang begitu gelap


Keluar dari gua yang gelap


Kembali di ruang depan Guah Niah


Berehat dipondok Gua Niah


Pondok rehat dalam Gua Niah


Berangkat balik


Makan tengah hari


Makanan sungguh sedap


Berada dalam bas untuk berangkat pulang


Satu pengelamanan yang amat berharga bagi mereka ini


Cikgu Pengiran Abdullah Pegawai JPKK daerah Tutong memastikan semua murid-murid sudah berada dalam bas sebelum berangkat pulang

1 comment:

clinkingbear said...

A new friend from china ,please visite my on-line shop to find what you are interested in : shop36442016.taobao.com ,
my MSN is :lifestar558@hotmail.com ,
SKYPE:chinatina320 ,
Email :wr558@163.com/clinkingbear@gmail.com
thanks in advance !