Thursday, March 26, 2009

LAWATAN SKIM SUKAN JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM DAERAH TUTONG KE TEMBURONG

Seramai 47 orang murid Skim Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong dengan diiringi oleh 15 orang guru (jurulatih) telah membuat satu lawatan ke daerah Temburong pada 23hb. hingga 25hb. Mac 2009 ia itu semasa cuti penggal pertama persekolahan. Beberapa perlawanan sukan persahabatan telah diadakan semasa berada di daerah Temburong ia itu bolasepak, futsal, bola jaring dan badminton.

Semua murid yang terpilih dalam lawatan ke Temburong ini adalah dikalangan mereka yang telah menunjukkan prestasi dan displin yang baik semasa setiap latihan diadakan.
Kebenaran secara bertulis dari penjaga atau ibu bapa juga dikehendak bagi semua peserta.

Rombongan Skim Sukan daerah Tutong berkumpul di Padang Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong pada hari Isnin 23hb. Mac 2009 dan berangkat ke Bandar Seri Begawan dengan mengunakan dua buah bas yang disediakan oleh Unit Kenderaan Kementerian Pendidikan pada jam 10.00 pagi.

Seterusnya dari jetty Sungai Kianggeh Bandar Seri Begawan yang berhampiran dengan Gerai Makan Pasar Malam, rombongan berangkat ke Temburong pada jam 11.30 pagi dengan mengunakan dua buah boat sewa khas yang disediakan oleh Unit Kenderaan Kementerian Pendidikan.

Pengelaman perjalanan sungai menuju ke daerah Temburong amat menyeronokkan bagi semua murid-murid Skim Sukan kerana hampir semua daripada mereka belum pernah pergi ke Temburong mengunakan jalan sungai. Perjalanan dari Bandar Seri Begawan ke daerah Temburong mengambil masa kira-kira 45 minit.

Apabila rombongan sampai ke Bangar Temburong, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Temburong telah menyambut kedatangan mereka. Semua urusan kenderaan,perlawan persahabatan dengan murid-murid sekolah rendah daerah Temburong, penginapan dan makan minum telah diuruskan dengan begitu baik dan teratur oleh pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Temburong. Jabatan Belia dan Sukan daerah Temburong telah bermurah hati menyediakan tempat penginapan bagi semua peserta rombongan.

Jadual perlawanan persahabatan diantara peserta Skim Sukan dengan murid-murid sekolah daerah Temburong berjalan dengan lancar dan teratur. Semasa perlawanan awal diadakan kebanyakan peserta skim sukan merasa gugup dan adakalanya tidak dapat mengunakan kaedah permainan yang telah diajarkan jurulatih mereka. Jurulatih Skim Sukan memang telah maklum hal ini akan berlaku kerana bermain ditempat asing akan sering menganggu mental pemain terutama bagi mereka yang baru pernah bermain dalam keadaan seperti ini. Peningkatan permain skim sukan bertambah baik pada perlawanan seterusnya.

Daripada perbincangan yang diadakan semasa di daerah Temburong kesemua jurulatih Skim Sukan daerah Tutong menyokong usaha Jabatan Pendidikan Kokurikulum Daerah Tutong mengadakan perlawanan pendedahan seperti ini kerana selain daripada memperbaiki mutu permainan peserta skim sukan ia nya juga adalah sebagai satu latihan mental dan displin diri peserta semasa berjauhan dari rumah, ibu bapa dan kemudahan-kemudahan yang terdapat dirumah masing-masing. Latihan seperti ini amat berguna apabila mereka terpilih untuk bertanding di kejohanan diluar negeri dimasa hadapan.

Semua peserta Skim Sukan merasa gembira dan seronok semasa berada di daerah Temburong kerana dapat bergaul dengan sesama peserta yang terdiri daripada sekolah-sekolah daerah Tutong yang berlainan. Disamping itu mereka juga dapat mempelajari bagaimana cara mengatur jadual harian tanpa bantuan daripada ibu bapa atau pembantu rumah mereka. Adalah menjadi harapan Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong supaya pengelaman yang diperolehi oleh peserta Skim Sukan ini akan dapat meninggkatkan lagi motivasi dan displin mereka dalam bidang sukan.

Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Temburong juga telah membawa rombongan melawat kebeberapa buah tempat yang menarek didaerah Temburong semasa hari terakhir lawatan.

Rombongan telah berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan pada hari Rabu 25hb. Mac 2009pada jam 1.00 tengahari dengan 2 buah boat yang disewa khas oleh Unit Kenderaan Kementerian Pendidikan. Jadual lawatan selama tiga hari dua malam itu dirasakan begitu singkat oleh semua peserta rombongan dan semuanya berharap supaya Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong akan membuat mengaturkan lawatan yang sama dimasa hadapan.

Pada kesimpulan lawatan ke Temburong oleh Skim Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong ini telah memberikan banyak faedah kepada peserta dan jurulatih. Cikgu Ukoi bin Anam Guru Besar Sekolah Rendah Bukit Penggal Tutong yang juga selaku Penyelaras Skim Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong yang ikut serta selaku Ketua Rombongan mengharapkan supaya Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong akan meneruskan usaha seperti ini demi perkembangan sukan didaerah Tutong.



Semua peserta berkumpul di bangunan Grandstand yang berhampiran dengan padang bola Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong bermula jam 9.30 pagi


Semua murid-murid dan jurulatih sedang menunggu ketibaan bas


Pasukan bola sepak bersama dengan jurulatih


Pasukan Futsal bersama dengan jurulatih


Pasukan badminton bersama dengan jurulatih


Pasukan bola jaring bersama dengan jurulatih


Guru-Guru (jurulatih) yang ikut serta dalam rombongan


Mula bertolak ke Bandar Seri Begawan jam 10.00 pagi


Di tempat perhentian boat express di tebing Sungei Kianggeh Bandar Seri Begawan


Masih menunggu boat express untuk pergi ke Bangar Temburong


Berada dalam boat express menuju ke Bangar Temburong bertolak jam 11.15 pagi


Gelagat murid-murid yang pertama kali ke Bangar Temburong melalui jalan sungei


Gembira melihat pemandangan disekeliling semasa menuju ka Bangar Temburong


Sampai di Bangar Temburong yang mengambil masa kira-kira 45 minit


Bergambar kenangan setiba sahaja sampai di Bangar Temburong


Sudah sampai di Bangar Temburong


Mendengar taklimat semasa berada di asrama Jabatan Belia dan Sukan Temburong


Perlawanan sukan pertama ia itu bolasepak


Jurulatih memberi taklimat sebelum perlawanan dimulakan.

Aksi pasukan bolasepak Skin Sukan Tutong sebelum perlawanan dimulakan



Penuh semangat Pasukan Skim Sukan Tutong sebelum perlawanan dimulakan

Pasukan bolasepak Skim Sukan Tutong bersama dengan jurulatih



Pasukan bolasepak Skim Sukan Tutong bersama pasukan dari sekolah daerah Temburong


Pasukan Futsal Skim Sukan Tutong


Gambar kenangan pasukan futsal Skim Sukan Tutong dengah pasukan dari sekolah Temburong

Ketua Rombongan Cikgu Ukoi bin Anam


Pasukan Futsal dari sekolah daerah Temburong


Pasukan futsal Skim Sukan Tutong dengan pasukan dari sekolah daerah Temburong


Jurulatih pasukan futsal Skim Sukan Tutong bertukar cenderamata dengan pasukan lawan


Ketua pasukan futsal Skim Sukan Tutong bertukar cenderamata dengan pasukan lawan


Pasukan futsal bergambar kenangan dengan pasukan futsal dari sekolah daerah Temburong


Jurulatih pasukan bola jaring Skim Sukan Tutong bertukaran cenderamata dengan jurulatih pasukan bola jaring dar pasukan sekolah daerah Temburong


Gambar kenangan sebelum perlawanan bola jaring dimulakan


Pasukan bola jaring Skim Sukan Tutong bersama dengan pasukan dari sekolah daerah Temburong


Ketua rombongan Skim Sukan Tutong memberikan sedikit kata-kata perangsang


Lawatan ke tempat Outbound Temburong


Peserta Skim Sukan Tutong merasa seronok melihat keadaan tempat outbound Temburong


Bergambar kenangan semasa berada di tempat Outbound Temburong


Dua orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum Tutong yang ikut serta


Bersiar-siar disekeliling tempat outbound Temburong


Pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Temburong memberikan ucapan semasa majlis perpisahan


Ketua rombongan skim Sukan menyampaikan cenderamata kepada ketua Jabatan Belia dan Sukan daerah Temburong


Menerima cenderamata dari pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Temburong.


Bersalaman sebelum berangkat pulang.


Berada didalam boat express semasa berangkat balik


Letih dan menyeronokan


Dua orang jurulatih Skim Sukan Tutong


Gembira setelah memperolehi pengelaman baru untuk dicertiakan kepada ibu bapa dan teman-teman disekolah

No comments: