Tuesday, January 20, 2009

PERSIAPAN AWAL BAGI WALKATHON SEMPENA HARI GURU TAHUN 2009

Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong telah dimaklumkan oleh Pengarah Kokurikulum bahawa acara walkathon sempena Hari Guru yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti akan diadakan di daerah Tutong. Perundingan awal telah dibuat dikalangan Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan daerah Tutong bagi memilih tempat dan tarikh yang bersesuaian bagi mengadakan acara walkathon tersebut.

Tempat yang dipilih ialah PANTAI PERANGINAN SERI KENANGAN TUTONG




Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah membuat penelitian ke Pantai Seri kenangan Tutong hari Selasa 20hb. Januari 2009 dan telah mendapati bahawa pantai tersebut adalah amat sesuai untuk digunakan sebagai tempat mengadakan walkathon.



Selain daripada hasrat untuk memperkenalkan Pantai Seri Kenangan Tutong kepada semua pegawai dan kakitangan kementerian Pendidikan, udara laut yang begitu bersih dan nyaman diwaktu pagi akan memberikan kesegeran dan keseronokan kepada semua peserta yang akan menyertai acara walkathon itu nanti. Di tempat ini banyak kemudahan yang boleh didapati seperti tempat letak kereta yang luas, tempat permainan, kawasan lapang untuk mengadakan senaman atau aerobik, tandas awam dan pondok untuk berteduh. Tempat ini adalah penamat perlumbaan dan disitu juga beberapa perlawanan sukan ria akan diadakan.


Semua peserta akan memulakan larian ditempat ini ia itu berhampiran dengan kawasan lapang. Peserta lelaki akan bergerak lebih awal dan selepas itu akan di ikut oleh peserta perempuan.

Jalan raya ini adalah bersebelahan dengan pantai. Ini adalah merupakan laluan bagi semua peserta walkathon sebelum berpatah balik dengan membelok mengikut lorong menuju ke pantai.

Peserta perempuan akan membelok menuju pantai mengikut lorong ini ia itu lorong menuju ke pantai dan berpatah balik menuju ke tempat penamat. Jauh laluan atau track bagi peserta perempuan ialah kira-kira 3.2 km. Semua laluan dan lorong akan dikawal oleh pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan akan dibantu oleh beberapa orang anggota Pasukan Pengakap.

Perserta lelaki juga akan mengunakan laluan atau track yang sama tetapi akan bergerak lebih jauh kehadapan sebelum belok memasuki lorong menuju kepantai untuk berpatah balik ketempat penamat.

Peserta lelaki akan membelok menuju ke pantai mengikut lorong ini. Dengan mengunakan dua jenis laluan atau track yang berlainan, peserta akan dapat merasakan bagaimana berbedzaan berlari diatas jalan raya dan berlari di persisiran pantai. Jauh laluan atau track bagi peserta lelaki adalah kira-kira 4.7 km.

Gambar ini diambil semasa air pasang tinggi semasa musim hujan. Keadaan pantai akan berubah menjadi lebih luas dan cantik memutih apabila air surut atau semasa bukan musim hujan. Kawasan pantai ini akan digunakan oleh semua peserta walkathon sebagai laluan untuk kembali tempat pelepas.

Berlari dipersisiran pantai adalah satu pembaharuan yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum bagi acara walkaton pada tahun ini. Dengan udara yang segar dan pemandangan laut yang begitu cantik akan lebih menarek minat ramai warga Kementerian Pendidikan beserta dengan keluarga mereka untuk menghadiri walkathon itu nanti sama ada untuk menyertai atau untuk memeriahkan acara walkathon.

No comments: