Thursday, January 29, 2009

SKIM SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TUTONG


Jabatan Pendidikan Kokurikulum daerah Tutong telah memulakan Skim Latihan Sukan bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong dengan Majlis Pelancaran dengan pendaftaran murid-murid pada pagi hari Jumaat 23hb. Januari 2009 bertempat di Dewan Kompleks Sukan Jabatan Belia dan Sukan Tutong.


Majlis Pelancaran Skim Latihan Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong telah diresmikan oleh Haji Abdullah bin Haji Idris Ketua Kokurikulum Daerah Tutong.



Sebanyak 5 jenis sukan telah dibukakan kepada semua murid-murid ia itu bolasepak, futsal,badminton, sepak takraw dan bola jaring.



Lebih daripada 300 orang murid-murid telah hadir bersama dengan ibubapa mereka untuk mendaftar bagi mengikuti Skim Latihan Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong.



Sebahagian murid-murid yang mendaftar bagi skim sukan badminton mendengarkan taklimat dari jurulatih.



Sebahagian murid-murid yang mendaftar bagi skim sukan bolasepak mendengarkan taklimat dari jurulatih.

No comments: